MINDA CERDAS, MATA BERCAHAYA

MINDA CERDAS

· Kemampuan murid-murid Tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.

MATA BERCAHAYA

· Murid-murid Tahun 1 dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan rakan-rakan, suasana, persekitaran, dan guru yang baru.

PROGRAM TRANSISI

Program Transisi dan Guru Penyayang (transisi pra sekolah ke Tahun 1) bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari rumah atau pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di tahun 1 sekolah rendah.

OBJEKTIF PROGRAM TRANSISI

Murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir, pembelajaran tematik dan bersepadu dan main sambil belajar.

Selepas program ini, tidak terdapat perbezaan yang ketara antara murid bagi membolehkan guru melaksanakan proses P&P secara formal.

Mengamalkan teknik pemudahcara yang berbeza dan penekanan konsep pembelajaran penyayang secara berterusan.


TUJUAN PROGRAM TRANSISI

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P&P secara formal di Tahun 1.

Meningkatkan semangat dan minat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

Berhibur Sejenak

MUTIARA KATA

* Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada bekas kekasih menjadi sahabat.


* Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan - Andre Colin


* Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.


* Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius


* Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.


* Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al Ghazali Bayruni


* Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh - Albert Einstein


* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.


* Jika kamu mendapt kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran - Horatius


* Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

PESANAN SEORANG GURU

WAJARKAH BERALASAN DENGAN IBU
RENUNGKANLAH......

Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, ibu membelikan krayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, ibu membelikan kita baju baru untuk hari raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit," Tak nak pegi ke sekolah!"

Semasa kita berumur 10 tahun, ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita "shopping", menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih setiap kali ibu menghantar kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton tv. Kita membalas budinya dengan asyik menonton sebaik sahaja ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tak ada "taste".

Apabila kita berumur 16 tahun, ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita mengunci diri dan bersendirian dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, ibu menangis gembira. Kita membalas budinya dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam kerana "enjoy" dan "celebrate" dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumut 19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg sampai ke hostel. Kita membalas ibu dengan bersalaman hanya di luar kerana malu dilihat kawan-kawan.

Apabila berumur 20 tahun, ibu tanya kita dengan rasa prihatin, adakah kita ada "boyfriend" atau "girlfriend". Kita membalas budinya dengan berkata."ibu ni kepohlah".

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan berkata bahawa ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauh dari ibu.

Apabila kita berumur 40 tahun, ibu telefon dan memaklumkan tentang majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi ibu dengan berkata "saya sibuk".

Apabila kita berumur 50 tahun, ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Kemudian pada suatu hari, ibu meninggal dunia dan kita tidak sempat membalas segala jasa ibu. Ingat!! Selagi ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah ibu dan jika ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu.

PESANAN SEORANG GURU DAN IBU...

Sebagai seorang anak yang berjaya, seharusnya bijak berfikir dalam semua aspek berkaitan dunia dan akhirat. Ingatlah, balas jasa ibu dan ayahmu yang telah banyak berkorban sehinggakan kamu berjaya. Tidak mampu gurumu ini mengarang bahasa yang baik untuk mengungkap makna sebenar IBU dan BAPA. Fikirkanlah wahai "anak-anakku"...Syurga di bawah tapak kaki ibu...

KALU BOSANG DOK GHUMAH...MAGHI KITO BELAJO MASOK

Kastard Jagung

Bahan-bahan:

* 8 sudu tepung kastard

* 1 biji kelapa ( jadikan 4 cawan santan )

* 8 sudu besar gula

* 1 tin jagung

Cara menyediakan:

1. Masakkan santan, kastard dan gula ( api yang sederhana )

2. Kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan jagung.

3. Kacau sehingga pekat. Angkat dan masukkan ke dalam acuan.

Kelapa Jelly

Bahan-bahan:

· 10gm agar-agar

· 750ml air

· 250gm gula

· 1 biji kelapa muda ( diambil air dan isinya )

Cara menyediakan:

1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga hancur (letak daun pandn sehelai).

2. Masukkan gula da masak sehingga larut.

3. Setelah mendidih, masukkan air kelapa dan isinya. Tutup api serta-merta dan kacau hingga rata.

4. Tuang ke dalam acuan.

Koktail Buah

Bahan-bahan:

· 2 tin susu cair

· 1 tin koktail del monte

· 4 sudu besar kastard

· 4 gelag air ( air buah koktail campur air masak )

· 10 sudu besar gula

Cara menyediakan:

1. Masakkan kastard, susu, gula dan air di atas api sederhana.

2. Setelah mendidih, angkat.

3. Masukkan buah koktail dan hidangkan.

Rendang Bonda

Bahan-bahan:

· 1 ekor ayam

· 2 biji kelapa ( ambil santannya )

· Perencah rendang

· Daun kunyit

· Daun limau purut

· ½ gula melaka

· 2 keping asam gelugor

· Garam secukup rasa

Bahan yang dikisar :

· 5 hiris lengkuas

· 5 hiris kunyit

· 5 hiris halia

· 2 ulas bawang putih

· 10 ulas bawang merah

· Lada kering (ikut selera)

· 4 batang serai

Cara menyediakan :

1. Gaul ayam dengan bahan yang dikisar sehingga sebati. Biarkan di atas api yang sederhana.

2. Setelah kering airnya, masukkan santan, asam gelugor, gula melaka dan garam.

3. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Hidangkan.

Masak Lodeh

Bahan-bahan:

· 1 batang lobak merah ( dipotong dan digoreng )

· 5 batang kacang panjang ( dipotong dan digoreng )

· Bunga kubis dan kubis

· 1 bungkus suhun ( direndam )

· 3 keping tempe

· 3 keping tauhu

· Santan

· Garam dan gula secukup rasa

Bahan yang dikisar:

· 10 ulas bawang merah

· 6 ulas bawang putih

· 10 tangkai cili kering

· 3 sudu besar udang kering

· Sedikit kunyit hidup

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahn yang dikisar sehingga berbau.

2. Masukkan air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan sayur, tempe dan tauhu serta garam dan gula secukup rasa.

4. Akhir sekali, masukkan santan.

Asam Pedas Ala Thai

Bahan-bahan:

· 10 ekor ikan

· 5 batang serai

· Bunga kantan

· Daun kesum

· Daun limau purut

· Asam gelugor secukup rasa

· Garam dan gula

Bahan dikisar:

· 20 ulas bawang merah

· 3 ulas bawang putih

· 10 tangkai cli kering ( boleh dicampur cili padi-ikut selera )

· 10 hiris lengkuas

· Belacan ( sebesar ibu jari )

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga kekuningan.

2. Naik bau, masukkan bunga kantan dan daun limau purut.

3. Masukkan air dan asam keping ( sekiranya tidak masam, boleh diperah limau )

4. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Kerabu Perut

Bahan-bahan:

· 1 kg perut

· 6 biji limau kasturi (diambil jusnya)

· 2 biji bawang besar – dihiris

· 1 biji tomato – dihiris

· 2 biji cili merah – dihiris

· Sedikit garam dan gula

Bahan yang dikisar:

· 5 ulas bawang merah

· 3 ulas bawang putih

· 20 biji cili padi

· 2 biji tomato

Cara menyediakan:

1. Perut direbus dahulu dan toskan.

2. Campurkan bahan yang dikisar bersama perut. Masukkan jus limau serta bahan perasa.

3. Gaul sehingga sebati. Masukkan bahan yang dihiris dan baul sehingga sebati.

Cornflakes Bermadu

Bahan-bahan:

· 4 cawan cornflakes

· 60 gm mentega

· ¼ cawan madu

· 1 sudu kecil gula

· 90 gm kacang

Cara menyediakan:

1. Masukkan mentega, gula dan madu ke dalam kuali.

2. Kacau sehingga cair di atas api sederhana.

3. Masukkan cornflakes dan kacang. Kacau sehingga rata.

4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar 8-10 minit sehingga kekuningan.

Saeng-saeng ambe

Saeng-saeng ambe
Sahabat Selamanya

minum petang..

dahulu kala..

malu2 kucing..

control ayu..

Kaulah Inspirasiku...